Friday, December 7, 2018

BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena daripada tugasan yg prof berikan.. Gambar ni nak buktikan yg kita dah post di facebook.. haaa rasa femes sekejap dapat bergambar dgn prof Normaliza yg comel sungguh manis πŸ˜‰πŸ’•





Gambar-gambar yg telah di ambil dari facebook utk ditayangkan kpd org ramai.. muahhh haha

Itu saja, sekian oit oit ^_^

Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

- Video tanpa wajah ini adalah video yang diambil atau dirakamkan menggunakan kamera dan hanya memfokuskan kepada satu objek sahaja.

- Video tanpa wajah ini mestilah kameranya ketika dirakam betul-betul menunjukkan pada objek yang menjadi perbualan pertama.

- Video tanpa wajah ini tidak boleh dirakam secara keseluruhan anggota, tetapi hanya separuh sahaja iaitu tanpa melihat kepada wajah seseorang.

- Lagu yang dipilih bersesuaian dengan tajuk atau tema yang hendak dilakonkan.

- Video tanpa wajah ini perlulah memainkan jalan ceritanya dengan bersesuai dan berfokus kepada mana-mana anggota badan yang ingin dirakam.

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Maksud Video One Shot 
Adalah istilah untuk video klip dengan konsep satu kali pengambilan gambar sahaja. Video ini juga memperlihatkan seseorang atau sesuatu gambar dalam sesebuah rakaman. kedudukan kamera perlulah berada pada satu tempat ketika merakamkan video itu sahaja.

ONE SHOT ONE LAYER
- Video ini dipanggil video yang hanya berada dalam satu posisi sahaja iaitu mempunyai satu layer atau satu lapis ketika membuat video tersebut.

VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
- Video ini dikatakan mempunyai dua layer atau lapis kedua dalam membuat video tersebut. Lapisan kedua mempunyai objek lain yang bergerak atau orang.

VIDEO ONE SHOT THREE LAYER
- Video ini mempunyai tiga layer atau lapisannya yang bertingkat pada tiga lapis. Lapisan ketiga adalah pergerakan yang tidak disengajakan atau tak dirancang.


BBM3410/18: PAPAN CERITA

Papan cerita adalah satu siri lakaran untuk menggambarkan turutan isi kandungan bagi proses reka bentuk atau majalah dalam multimedia. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Kandungan dalam papan cerita adalah :

- Muka depan : Ada gambar dan mempunyai sub topik
- Mempunyai isi kandungan : Senarai nama, dan cara menyiapkan e-majalah
- Kandungan : Setiapnya perlu dilakar gambar atau objek
- Halaman akhir muka surat : Letak imej yang besar dan teks yang jelas.

Setiap papan cerita perlu mengandungi maklumat seperti berikut:

- Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin halaman atau bingkai
- Warna, penempatan, dan saiznya.
Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
- Animasi
- Narasi
- Video
- Bunyi

Jenis-jenis papan cerita yang boleh digunakan :

1. Papan Cerita Produksi
2. Papan Cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
3. Papan Cerita TV
4. Papan Cerita Animasi
5. Papan Cerita Digital

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

Antara elemen yang perlu ada dalam membuat suatu Asas Grafik :

1. Mudah
- Gambar yang dipilih haruslah lebih jelas dan mudah dilihat
- Gambar mestilah yang menarik dan tidak kabur.

2. Keseimbangan
-Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuknya.
-Keseimbangan bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual sama ada kiri dengan kanan atau atas  dengan bawah.


3. Kesesuaian/Kesenian
- Rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
-Idea yang banyak boleh mengelirukan.
-Gambar mestilah bersesuai dengan tema yang dipilih
-

4. Warna

-Warna turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
-Pemilihan warna perlu diberi perhatian serius.
-Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
- Melahirkan kesan atau pengaruh tertentu

5. Teks
- Merangkumi kepada slogan, tema dan kepelbagaian.
- Teks yang dipilih mestilah bersesuaian dengan gambar.
- Tidak terlampau banyak perkataan.
-Hadkan perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja

Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18 Cuit-cuit Screenshoot

Assalamualaikum. Haii teman-teman blogku semua.. Apa khabar, sihat ke ^_^

Hari ni aku nak cerita sikit, sebenarnya bukan setakat dlm blog saja aku post2 segala cerita, malah dalam Ig dan Twitter jgk...haaa. Nanti korang follow la semua yang berkaitan dengan aku yerr.. nak femess sikit πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

Setiap kali aku diberi tugasan oleh prof, tiap kali tulah aku kena screenshoot sebagai tanda bukti. Meh tengok segala-gala gambar yg telah aku masukkan ke dalam ig dan prof aku pun like. Sebab apa?? Sebab gambar tu terlalu cantik. Jadi nk prof2 kalian pn turut like apa saja yg anda share, kenalah pos gambar selalu yaa teman-teman










Wah.. sape je tak suka kalau pensyarah kita yg like gambar2 yg kita poskan.. hahaha glamor sat.. 😜

Di samping itu, korang tahu tak, prof aku masuk tv Al-Hijrah tau, Nak tengok tak bukti yg prof tu meletops, sebab aku sendiri pun tak pernah masuk tv.. Untung ler hahaha


Itulah prof aku, cun kan, nampak putih korea gituu.. Ni baru tengok dlm gambar atau tv, belum tengok depan2 lagi.. mesti kebaboommm bomm meletops gitu.. 

Rugi kalau korang tak tengok, sebab ape? Hihi sebab dpt jumpa artis gituu, Asyraf Muslim dan Irma Hasni. Adoiii, dahla hensem.. hahahah patut la prof manis semacam je bila bersembang dgn mereka.. 😏😏

******************************bersambung

Tadi aku tunjuk Instagramkan, sekarang ni aku bagi gambar dlm Twitter pula, alang-alang promote Twitter sendiri. Haha. Aku pun nak femes juga, sebab macam krik krik je yg aku punya.. 




Setiap minggu aku kena retweet kawan-kawan kelas aku, nasib baik kawan kelas, kalau kawan luar daripada kelas, jawabnya krik krik lerr.. Jadi korang kenalah follow aku ye.. di samping kita boleh kenal-kenal antara satu sama lain 😍. Dalam twitter ni, kita dpt kenal dan tengok setiap ragam2 manusia dlm dunia ni. Bagi sesiapa yg nk rasa dirinya bahagia, bolehlaa join twitter kahh!

Segala pos yg aku berikan ni, ia berkait rapat dgn tanda "OK".. Kalau pilihan kalian mcm gambar di bawah ni, kamuu semua haruss redho untuk segalanya mcm aku. Kahkah.. Aku mmg selalu redho, sebab hidup ni tak selalu indah.. 

#AkuDanRedha
#TugasanOnline
#DemiMuProfπŸ’˜

Sekian saja utk hari ini, terima kasih sudi melawat blog kecil ku ini..Dan kita berehat bersama kitkat.. ByeπŸ™‹

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 Proses Kalender Photoshop

Assalamualaikum dan salam bahagia buat prof & kawan2 blog ^_^

KHAMIS 15/11/18

Hari ni kelas Multimedia aku dibatalkan. Mungkin prof nak suruh aku rehat dan tenangkan fikiran kot..hihih prof amat memahami sungguh.. Sayang prof 😘

Kelas yg dibatalkan ni, telah diganti dengan tugasan online. Aku diberikan tugas dengan menunjukkan bagaimana cara membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.. haaaa meh tengok mehh πŸ˜‹


Video bulan September 2019

Pandai tak aku buat kalendar dan edit2 gambar ni ?? Gigih tau aku nk siapkan dalam masa 3 minit, berapa kali aku rekod.. adehh.. bertabahlah demi prof tercinta

#AkuKenaRedhoπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ni video yg lama tak lama dan sedang2..bolehlaa bernafas lagi nk buat haha

sekian dari saya.. selamamat menonton guyss

BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena dar...