Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: PAPAN CERITA

Papan cerita adalah satu siri lakaran untuk menggambarkan turutan isi kandungan bagi proses reka bentuk atau majalah dalam multimedia. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Kandungan dalam papan cerita adalah :

- Muka depan : Ada gambar dan mempunyai sub topik
- Mempunyai isi kandungan : Senarai nama, dan cara menyiapkan e-majalah
- Kandungan : Setiapnya perlu dilakar gambar atau objek
- Halaman akhir muka surat : Letak imej yang besar dan teks yang jelas.

Setiap papan cerita perlu mengandungi maklumat seperti berikut:

- Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin halaman atau bingkai
- Warna, penempatan, dan saiznya.
Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
- Animasi
- Narasi
- Video
- Bunyi

Jenis-jenis papan cerita yang boleh digunakan :

1. Papan Cerita Produksi
2. Papan Cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
3. Papan Cerita TV
4. Papan Cerita Animasi
5. Papan Cerita Digital

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena dar...