Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 Kuliah Minggu Kedua












Assalamualaikum...

Pada minggu kedua kuliah, saya dan rakan-rakan sekumpulan diarahkan oleh pensyarah untuk melaksanakan tugas berkaitan Asas Grafik. Selepas itu, kami perlu mencari bahan-bahan bagi melancarkan aktiviti tersebut. Dalam menjayakannya, kerjasama kumpulan sangat penting kerana ia memerlukan komitmen dan saling tolong menolong. ^_^

Antara Asas Grafik yang perlu disiapkan :


-Mudah
-Teks
-Warna
-Kepelbagaian
-Kesesuaian


penggambaran yang mencabarkan tetapi sangat seronok kerana ahli kumpulan yang satu kepala dan lawak-lawak.. Haaa selepas ni agak-agak tugasan apa lagi yee hihihi adakah ia lebih mencabar atau aku yang tercabar sebenarnya niii huhu

okay.. jumpa di slot akan datang ^^


BBM3410/18 Tentang Cerita Kuliah Satu

Assalamualaikum semua kepada yang membaca blog saya ini.. :)


Baiklah! Setelah dua bulan kita bercuti semester ini. Pada minggu ini, iaitu pada minggu pertama, maka bermulanya sesi kuliah bagi semua pelajar UPM. Seperti biasa, saya akan memulakan hari dengan senyuman kerana bersemangat untuk menghadiri ke kelas setelah lama bercuti.

Dalam pada itu, suasana dalam bilik kuliah begitu riuh rendah dengan suara rakan-rakan. selepas itu, sesi pembelajaran terus bermula setelah pensyarah masuk.

Pada minggu pertama semester juga, saya banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan terutama dalam waktu pembelajaran. Di samping menceritakan pengalaman-pengalaman ketika menjalani latihan industri selama 2 bulan.

Masing-masing begitu seronok. Maklumlah duduk di rumahkan.. Tambahan pula, bersama dengan keluarga masing-masing.

Okay.. kita fokus pada kuliah minggu pertama.. haaa minggupun sudah diberikan tugasan oleh pensyarah-pensyarah.. Jadi, kita kena pulun-pulunlah (bergegas siapkan).

Minggu ni pun sis REDHA hahaha



minggu pertama kuliah muka banyak gembira

BBM3410/18 Riwayat Diri

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua. Ini adalah blog saya yang pertama kalinya saya lakarkan.. ^_^

Ayuhla sama-sama bacakan coretan saya ni. hihi

Bermulalah :

Saya ingin memperkenalkan diri. Nama lengkap saya Aifa Iz'zati Binti Azman. Dalam keluarga, saya biasa dipanggil dengan gelaran kak cik. Saya lahir di Kota Bharu, Kelantan. Saya adalah anak ketiga dari lima beradik.

Saya sekarang belajar di UPM Serdang dan mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya mula mendaftar di sini pada 17 Sept 2015. Di sinilah bergelarnya seorang siswazah.


Selesai! Inilah gambar saya pertama kali mula belajar di UPM Serdang. ^^

SEMESTER 1



BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena dar...