Antara elemen yang perlu ada dalam membuat suatu Asas Grafik :
1. Mudah
- Gambar yang dipilih haruslah lebih jelas dan mudah dilihat
- Gambar mestilah yang menarik dan tidak kabur.
2. Keseimbangan
-Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuknya.
-Keseimbangan bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
3. Kesesuaian/Kesenian
- Rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
-Idea yang banyak boleh mengelirukan.
-Gambar mestilah bersesuai dengan tema yang dipilih
-
4. Warna
-Warna turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
-Pemilihan warna perlu diberi perhatian serius.
-Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
- Melahirkan kesan atau pengaruh tertentu
5. Teks
- Merangkumi kepada slogan, tema dan kepelbagaian.
- Teks yang dipilih mestilah bersesuaian dengan gambar.
- Tidak terlampau banyak perkataan.
-Hadkan perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja