Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18 Aku & Nasi Ayam ^^

Assalamualaikum..

Salam bahagia kepada semua pembaca blog. Masak apa hari ni tuu ? Haaa siapa suka nasi ayam!
Nasi ayam adalah febret saya tau. Nak kongsi sikitlah cara buat nasi ayam...Yummyy!!! Kalau saya masak nasi ayam simple je, yang pasti sedap dan enakk... Sekali harung je, tak perlu fikir lauk-lauk lain dah.

Hmmm.. pernah tak buat nasi ayam letak lemaknya? Kebiasaannya ramai je yang masak nasi ayam letak lemak terutama sekali yang berniaga nasi ayam. Bagi saya inilah kunci kesedapan nasi ayam yang dihasilkan kerana lemak ayam memberikan aroma yang harum lagi mengenakkan. Jadi, cubalah masak nasi ayam lepas ni dengan memasukkan lemak ayam. Tidak perlu banyak pun. Saya hanya masukkn sedikit sahaja untuk membuat ia rasa sedap.

Jom masak nasi ayam ringkas tapi sedap. Maklumlah, saya ni hantu nasi ayam hihihi

Resipinya dibawah :

(sup, ayam, kuah kicap & kuah cili)

1 ekor ayam
1 sup bunjut
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia-

Ayam- perapkan dgn 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis & 1 sudu besar madu

Kuah cili- kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam & gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka & 2 sudu besar sos cili.

Kuah kicap- campurkan 1 cawan air rebusan ayam dgn 5 sudu besar, 3 sudu besar kicap masin, 2 sudu teh minyak bijan

Nasi- 3 cawan beras- basuh dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 helai daun pandan
lemak dan kulit ayam
1 sudu teh garam

selamat mencuba semua haha








No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena dar...