Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 Tentang Cerita Kuliah Satu

Assalamualaikum semua kepada yang membaca blog saya ini.. :)


Baiklah! Setelah dua bulan kita bercuti semester ini. Pada minggu ini, iaitu pada minggu pertama, maka bermulanya sesi kuliah bagi semua pelajar UPM. Seperti biasa, saya akan memulakan hari dengan senyuman kerana bersemangat untuk menghadiri ke kelas setelah lama bercuti.

Dalam pada itu, suasana dalam bilik kuliah begitu riuh rendah dengan suara rakan-rakan. selepas itu, sesi pembelajaran terus bermula setelah pensyarah masuk.

Pada minggu pertama semester juga, saya banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan terutama dalam waktu pembelajaran. Di samping menceritakan pengalaman-pengalaman ketika menjalani latihan industri selama 2 bulan.

Masing-masing begitu seronok. Maklumlah duduk di rumahkan.. Tambahan pula, bersama dengan keluarga masing-masing.

Okay.. kita fokus pada kuliah minggu pertama.. haaa minggupun sudah diberikan tugasan oleh pensyarah-pensyarah.. Jadi, kita kena pulun-pulunlah (bergegas siapkan).

Minggu ni pun sis REDHA hahaha



minggu pertama kuliah muka banyak gembira

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Cerita FB? ??

Assalamualaikum semua.. apa khabar? ? Rinduu kawan2 blog Ifa.. hihi.. Hari ni Ifa nk tunjuk sikit gambar yg telah Ifa screenshot sempena dar...